Loading...

Oxford Educational Dynamics - The Entrepreneur Master Class

0 comments
Oxford Educational Dynamics was an Organisation Founded by Stuart Kewley who are the Director of studies Oxford Universities. This awesome guys were PhD Cambridge University holder now running four Limited Companies around the globe which is in UK, China, Bulgaria with partnership in Malaysia, India, the US/Canada and Russia. 

By right, he was in Malaysia on  29-30 Nov. For this two days he manage to handle a workshop called The Entrepreneur & The Entrepreneurial Leader. I was invited to join this great workshop at Impiana Hotel, KLCC.

Now, I'll try to share something about Oxford University that he told us.




Its begins here, the first thing that he share was the transitional experience of Oxford Universities. What are made the Oxford Universities Excellence, what is the challenge, competetive, culture of entrepreneurship, organisation and so on. 

''So in this presentation I would like you to look at Oxford as a Business, like any business Oxford faced a challenge of staying competetive. Its has a great branding, a good product but it was in danger of losing relevence.. it needed to innovate, it needed to become more creative. To achieve this goal it needed to create a culture of entrepreneurship.."

What Oxford different with others? Usually, a great University is define by have a great thinkers, great teachers and great researces. Instead of other University, Oxford have a great Administrators, Great Technology Transferors, producing Great Leaders and even great entrepreneurs. 

 Second, The Cultural Dimension. Generally academics at Oxford have to three roles they must perform as part of their employment obligations:

1) Perform researces, this role is desirable and there are a lot of good researchers at Oxford. Currently has 10,000 researchers.
2) Teach, an essential but less desirable role..although Oxford has some very good teachers.
3) Administrative or a management roles, the least desirable role and in my view academics do not make for good managers. Oxford works on the premise that a safe pair of hands doesn't rock the boat, its management style is risk averse, it is path dependent and it doesn't embrace change. It certainly isn't entrepreneurial.
4) Moreover if we drill down even futher to where the value lies in the organisation; its research and it's researchers - we can find an even greater cultural problem in the way the outside is percieved..

While the challenge facing by Oxford is: 

1) How to tap into this rich stream of latent value in the organisation.2) how to cross the cultural devide. 
Then, what Oxford developed was, Isis.

Isis is the Intermediary or the change agent. Technology transfer is stimulating communication between two very different cultures. (Academia & Business). The two cultures will not in general spontaneously understand each other. Therefore intermediaries are required.

Its should be in Malaysia too I think. We need intemediaries, not just between Academia and Business but also in Youth and Government. 
Some pic during workshop.












Then, the Oxford Model Technology Transfer and why it works:


Oxford had a reconised value and leveraging that value: its structure is Oxford has a 


1) Rich portfolio of wholly-owned intellectual Property Rights which are very strong and world-class researces base. 
2) Clear Intelltectual property (IP) policy which are led from the top and widely supported.
3) Investment in research support & tech transfer. They have 100 staff in research services and Isis Innovation.
4) Clear internal demarcation of responsibility between the university and its tech transfer office.
5) Effective internal (research units) and external communication (investors etc.)


Why the model really works?


1) Isis -the staff- they are bilingual, they can speak the language of research and the language of commerce. They able to communicate simultaneously to two quite different constituencies.
2) Like Acas they are arbitrators, they can bridge two diiferent cultures that are often mistrustful of each other.
3) They are socialised in both cultures.


Read more »

Cuti Raya yang Penuh Makna

0 comments
Alhamdulillah syukur padaNya. Kita baru sahaja melepasi satu detik penting dalam kalendar Islam iaitu Hari Raya AidilAdha. Difahamkan kira-kira 3juta Umat Islam berpusu-pusu ke Tanah Suci Mekah melaksanakan Rukun Islam ke5, Ibadat Haji.  Harap semuanya dalam keadaan terkawal dan di Redhai Oleh Allah S.W.T.

Bagi kita yang belum berkesempatan ke Mekah ni, tinggallah di kampung halaman masing-masing menyambut Hari Raya AidilAdha. Suasana di kampung yang tidak kurang meriahnya dengan deruan Takbir Raya, Selawat, Korban lembu & kambing, Kenduri-kendara dan dentuman bunyi mercun memecahkan lagi bingitan telinga menceriakan keadaan.

Seisi keluarga dan sahabat handai bersalam-salaman, ceria di pagi yang mulia. Aku pula Raya tahun ini dalam keadaan sederhana sahaja, tapi penuh makna. Penuh makna sebab ada beberapa perkara agak besar yang berlaku sedikit sebanyak mengajar/memberi pengajaran & merubah tahap kelestarian/kelangsungan hidup ini.
( Kalau bisa aku cerita'in, pasti kalian tidak akan percaya~..) Raya tahun ini akan terus diingati..xapa,sampai masa nanti akan terbongkar juga.. (akan diceritakan sedikit2 dalam post2 akan datang..)

Kini cuti raya pun dah susut..tinggal lagi 2 hari. Test-test, Lab & Report setia menanti. Assignment bagaikan liability yang harus ditanggung. Aku kuatkan semangat untuk mendokong cita-cita...InsyaAllah..
Read more »

Youth Define : Shape Our Future (UTeM)

0 comments
Had you think what happen in Malaysia 10 years later? What do want? What you can give to Malaysia? 

'Youth Define: Shape Our Future' is a programme organize by myHarapan & Ministry of Higher Education to spread the knowledge and awareness for the Youth on 'Economic Transformation Programme(GTP)', 'Government Transformation Programme'(GTP), 'National Key Economic Area (NKEA)' & 'National Key Result Area (NKRA)'.

What do you understand of that terms? What the Hecks of that?? Right?....

YES.! its very few Youth even people know about that specifically. Even me, what I know, it is a Government Agenda to improvise the National Economical and the give Malaysia for the Best Result in overall.

I've been invite to attend that programme today at Universiti Teknologi Melaka (UTeM). Its quite interesting and happening event. A few picture I'd capture:
Event going on

A few Student Outcome Project

One of the Project, www.siswaniaga.com
I would like to highlight a few improtant thing that you actually need to know this. Why? Because the government had set a target to achieve this thing in some few years. Then, what should you do is, what ever are you doing, try to relate it to one of the ETP / GTP / NKRA / NKEA. So, direct or indirectly you are contributing to Malaysia. 
The 6 focus area in NKRA are:
1) Reducing the crime rate

2) Curbing and Fighting Corruption.
3) Providing Better Acces To Affordable and Quality Education for the People.
4) Raising the living standards of the poor. 5) Improving the Infratracture and services in rural Areas.
6) Improving the public Transportation. 

That all I can share today..see u next.=)
Read more »

Kenapa Cikgu selalu marah kalau datang lambat?

0 comments
DISIPLIN - Bukan satu perkara yang baru untuk diperkatakan. Dari sekolah rendah lagi aku terdengar perkataan ini. Kenapa cikgu selalu marah kalau datang lambat? masuk kelas lambat? Ponteng kelas? Kenapa aku perlu untuk berdisiplin? Penting sangat ke disiplin ni? 



Masa sekolah rendah, aku pernah kene sepak dengan Cikgu sebab menceroboh sekolah waktu cuti. Katanya aku xdak disiplin. Arghh! aku tak faham la. Kenapa semua orang mesti berdisiplin ni.!

Itu masa zaman persekolahan, kini di alam kerjaya aku mulai sedar, mula faham akan maksudnya, mula tahu akibatnya. Kita semua sangat memerlukannya. Tanpanya kita hanyalah insan biasa. Kenapalah dari dulu aku tidak berdisiplin! 

Disiplin bukan hanya merujuk kepada masuk kelas awal. Itu hanyalah sebagai satu latihan, satu persediaan  untuk kita menggalas satu tugas yang lebih besar kelak. Kalau tugas masuk kelas tepat pada waktunya pun kita tak boleh nak selesaikan, apa lagi tugas lain..ye x?

Bagi saya yang juga dalam usaha untuk mendisplinkan diri ini, disiplin adalah satu sifat taat dan patuh serta akur akan tanggungjawab yang dipikul. Ia memerlukan pengorbanan, latihan berpanjangan dan berterusan. 

Sebab tulah Cikgu selalu marah kalau datang lambat.!! he .=) ingat..
(*pesan pd dri sndiri)
Read more »

11th Melaka International Youth Dialogue "Shaping the Next Generation of Entrepreneurs"

0 comments
Alhamdulillah, baru sahaja menghadiri satu Dialog Antarabangsa yang dihadiri oleh belia dari lebih 30 negara. Dialog yang bertempat di Everly Hotel, Melaka ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan wakil belia dalam industri keusahawanan bagi membincangkan hala tuju dan peranan belia.

Dialog yang dijadikan sebagai acara tahunan ini mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Belia & Sukan, Majlis Belia Negara Dll. Pengisian yang penuh bermanfaat untuk belia di kendalikan dengan jayanya oleh 'World Assembly of Youth'. Pada dialog kali ini satu persetujuan telah dibuat oleh wakil belia dari lebih 30 negara.


Persetujuan tersebut berkaitan dengan peranan Pihak Kerajaan di  setiap negara terhadap pembangunan belia, peranan pihak swasta, peranan pihak media, NGO dan masyarakat kesuluruhannya. Antaranya adalah,



Peranan Kerajaan:
  • menubuhkan 'Youth Bank' di setiap negara.
  • Pihak kerajaan perlu melonggarkan syarat bagi belia mendapatkan kontrak(tender) dari kerajaan. 
  • menjalankan projek inkubator.
  • Menjana lebih banyak ruang dan peluang untuk golongan belia mengetengahkan idea.
  • Dll...


Peranan Pihak Swasta:
  • memperlaksanakan tanggungjawab sosial korporat.
  • Mengadakan program-program pembangunan belia


Peranan Pihak Media:
  • mempertingkatkan kesedaran kepada Belia negara.
  • menyediakan platfom kepada media untuk mengetengahkan idea. 
  • memberi harga istimewa kepada belia untuk mengikankan produk masing-masing. 
Peranan Masyarakat:
  • menukarkan 'mind set' dari barangan berjenama,kepada membeli barangan dari belia. 
  • memberi lebih banyak sokongan kepada usahawan muda.
  • Dll...

Selain dari persetujuan yang dibuat pada Dialog tersebut banyak perkara lain yang dibincangkan. Banyak juga aktiviti yang dirangka untuk pembangunan belia.

Kami juga telah di bawa melawat ke beberapa tempat industri seperti Bioessence Sdn. Bhd.,syarikat pemprosesan herbal dan minyak wangi :



Taming Sari Melaka:


River Cruise...

Dan banyak lagi..

Tidak lupa juga mengucapakan berbanyak-banyak TERIMA KASIH kepada Team myHarapan yang sudi untuk menaja kami berlapan mewakili malaysia pada MIYD 11th kali ini. Cuti semester yang menarik dan bermanfaat!!

Read more »

SME-University Internship

1 comments
SME-University Internship' merupakan satu program dibawah kelolaan SME Corp dengan kerjasama Universiti tempatan seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dll. Ia adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba pengalaman dalam industri kecil dan sederhana.

Para peserta diberi kursus selama 3 hari tentang aktiviti keusahawanan dalam industri kecil dan sederhana di Malaysia, peranan kerajaan dalam membantu usahawan, pengurusan kewangan, latihan kepimpinan dalam perniagaan dan sebagainya.

Peserta dibahagi tugasan dalam kumpulan iaitu seramai 5 orang. Tugasan tersebut adalah berbeza setiap bulan dan akan dibentangkan. Penilaian akan diadakan di universiti dengan kehadiran Pengarah program, wakil dari SME Corp dan juga usahawan tersebut.

Tugasan tersebut adalah sebagai 'Junior Consultant' dan sekumpulan ini akan ditempatkan di sebuah syarikat dalam industri kecil dan sederhana seperti Salon, Kedai Kek, Restauran, Kilang Pembuatan Botol dan lain lain.
Read more »

Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan

1 comments
Mungkin ramai di kalangan kita tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s..w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Read more »

Technopreneur Club UiTM

0 comments
Assalamualaikum wrb. Apa Khabar kepada rakan-rakan sekalian? Harap dalam keadaan sihat walafiat semua.

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini, InsyaAllah disini saya akan berkongsi serba-sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada dan hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang mengaktifkan diri dalam persatuan selama berada di UiTM.

Dengan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan, di UiTM sejak semester 1 lagi saya sudah tercari-cari satu persatuan yang agak menarik dengan minat saya, selain mencari juga rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama. Dengan bantuan seorang senior di UiTM, saya berjaya mendaftar sebagai ahli TechnopreneurClub pada akhir semester 1 dan mula aktif dalam persatuan tersebut pada semester 2.

Sejak itu, saya mula menghadiri semua aktiviti yang dianjurkan, berkenalan dengan semua ahli persatuan, mempelajari selok-belok pengurusan dan sebagainya. Dengan minat dan komitmen yang ditunjukkan, Alhamdulillah saya diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cukup besar iaitu memimpin persatuan ini.

Disini saya berkongsi beberapa gambar akitivi yang telah dilaksanakan oleh TechnopreneurClub sepanjang 2010/2011:


(Aziz Shariff)Technopreneur Club UiTM
Uitm Technopreneur Club 10/11 Event Slideshow: Aziz’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to 6 cities Singapore, Kuala Lumpur, , Perak, Putrajaya and Subang Jaya was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.


Read more »

Ketika Akhirnya Kau Dewasa

8 comments

Alhamdulillah, bersyukur pada hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita mengecapi hidup ini dengan penuh nikmat dan barakah. Dalam meniti perjalanan hidup yang penuh pancaroba ini, akhirnya ku sampai ke usia dewasa. Ya Allah,.

''Ya Allah Tuhan kami, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan seperti yang telah dipohon oleh hamba dan NabiMu kepada Engkau. Aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan, sepeti permintaan perlindungan oleh hambaMu dan NabiMu kepada Engkau''

"Ya Allah Tuhan kami, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau akan syurga dan apa sahaja yang dapat mendekatkan ke syurga baik dari ucapan mahupun perbuatan. Aku berlindung kepada Engkau dari neraka dan apa saja yang dapat mendekatkan aku ke neraka baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Aku memohon kepada Engkau semoga Engkau berkenan melimpahkan segala ketetapan berupa kebaikan yang telah Engkau tetapkan untukku.'' Amin..
Read more »

NEF-AWANI ICT FAIR 2011

0 comments

nefNEF-AWANI ICT FAIR 2011 merupakan satu acara kemuncak program anjuran ”Malaysian Association of Bumiputera ICT Industry and Entrepreneurs” (NEF) dengan kerjasama Astro Awani iaitu NEF-AWANI ICT AWARD 2010. Anugerah tersebut adalah sebuah konsep baru yang diperkenalkan untuk memberikan penghargaan kepada syarikat Technopreneur yang layak melalui platform media. Dua katagori utama anugerah tersebut adalah:

1) Bumiputera ICT Awards
2) Rakyat’s Choice Awards

Di Malaysia sebenarnya banyak syarikat yang bertaraf ICT, tetapi selalunya kurang popular atau tidak cukup diserlahkan melalui platfom media meskipun banyak kejayaan dicapai dan syarikatnya cukup berinovatif. Mereka sering dilihat sebagai lapis kedua dan tidak diberikan pengiktirafan cukup di pasaran. Melihat kepada keadaan itu, NEF dengan kerjasama Astro Awani mengambil insiatif untuk mengubah persepsi seterusnya membawa syarikat ini kehadapan dan menyerlah samada di dalam atau luar negara.

Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan sekaligus meningkatkan nilai syarikat. Anugerah ini menunjukkan bahawa syarikat Bumiputera juga mampu untuk menjadi melangkah lebih jauh seterusnya menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

”Rakyat’s Choice Awards” mempunyai 5 kategori. Kategori-kategori ini dipilih berdasarkan perkhidmatan mereka yang mempunyai kesan untuk kegunaan ICT dalam negara khususnya di bidang teknologi. Pemenang Anugerah ini dipilih melalui undian yang dibuat oleh pihak penganjur kepada para pengguna seluruh negara. Melalui undian ini, para pengguna boleh memilih syarikat manakah yang mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik.

Semoga dengan adanya Anugerah ini dapat melahirkan ramai lagi Usahawan Teknologi (Technopreneur) yang berdaya saing di peringkat global. Tahniah kepada NEF dan ASTRO AWANI.

Read more »

PERODUA ECO-CHALLENGE 2011

0 comments

PERODUA ECO-CHALLENGE yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya pada tahun 2011 ini bakal menyaksikan sekali lagi persaingan sengit antara penuntut fakulti kejuruteraan di beberapa universiti terkemuka Malaysia. Universiti yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Politeknik Sultan Azlan Shah, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Industri Selangor and Politeknik Engku Omar.

Tujuan utama dari Perodua Eco-Challenge 2011 adalah untuk menyediakan program berupa latihan praktikal bagi pelajar untuk mencabar kecekapan teknik mereka dalam mengendalikan mesin, menyelasaikan masalah, meningkatkan kreativiti dan program seperti ini juga boleh mempromosikan budaya inovasi dalam kalangan pelajar tempatan.

“Perodua Eco-Challenge ini sangat unik kerana tidak hanya meningkatkan inovasi dan kreativiti peserta, tetapi juga menggariskan betapa pentingnya pemuliharaan dengan cara praktikal untuk menangani krisis tenaga,” kata Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh . Dia menambah bahawa Perodua telah memperuntukkan dana sekitar RM1.2 juta untuk program Eco-Challenge tahun ini.

Pertandingan yang bakal diadakan di Melaka pada 25 Jun 2011 ini, bakal menyaksikan kreativiti para peserta mengubahsuai kereta PERODUA VIVA. Tugasan mereka adalah untuk memastikan kereta berada pada tahap optimum untuk menghasilkan perjalanan paling jauh dengan minyak 1LITER. Ini bukan sekadar teori reka bentuk, ia adalah sebuah kejuruteraan automotif untuk memastikan kecekapan bahan bakar pada tahap maksimum.

Selamat maju jaya kepada semua peserta.!

Read more »

Mood Exam?

6 comments
Assalamualaikum..
huh..lama betul tak update blog ini..he.bz konon2.he

Alhamdulillah dalam beberapa bulan ni banyak perkara positif berlaku, dan sedar atau tidak kita sebenarnya sudah berada di penghujung tahun 2010. Bagi seorang penuntut universiti bulan 10 adalah masa genting kerana pada masa inilah peperiksaan akhir semester berlansung. Maka semua orang konon-kononnya dalam mood exam. Padahal bukan study sangat pun.=) ok la. pendek jer kali ni. Nak gi study.~..

Ni ada sikit gambar program sekitar 2-3bulan ini..

Open Web Asia Conference
at Cyberview IHL's Business Idea Competition


Geng TechnopreneurClub UiTM
Financial Mastery Programme
With Team iMoneyGenius
Akademi Usahawan



Semoga bertemu lagi.peace=)


Read more »

SALAM LEBARAN

0 comments



Sebulan berpuasa terasa terlalu cepat berlalu kini telah sampai ke raya ke-4. (baru nak tulis entri.bz2.hu=).


Rasanya tidak terlambat lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILRITRI kepada semua. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan kepada semua andai ada salah silap, terkasar bahasa.

Sedar atau tidak rupanya kita sudah berda di penghujung tahun 2010. Masih ingat akan azam anda awal tahun dulu. Sudah tercapaikah? Jika belum teruskan usaha kita untuk mencapai azam dan target yang ditetapkan untuk tahun ini. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Jadikan hari raya ini sebagai titik tolak untuk kita melakukan perubahan secara drastik. Tumpukan sepenuhnya pada kerja anda. Fokus yang tajam memainkan peranan penting dalam usaha untuk mencapai matlamat.

Apa yang penting ialah kita mengusahakannya dengan cara yang betul dan mendapat KEREDHAAN ALLAH SWT. Semoga setelah berpuasa selama sebulan kita mendapat kembali semangat untuk terus berjuang. Moga RAMADHAN kali ini memberi lebih makna sebagai titik tolak kepada perubahan diri saya dan anda.

Maaf Zahir Batin dari saya & keluarga
-aziz sharif
Read more »

Business Idea Competition

1 comments

Seperti tajuk diatas, ia adalah satu idea untuk menarik minat pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sebab sesetengah pelajar lebih cenderung untuk menyertai sesuatu program kalau program tersebut adalah berbentuk pertandingan. Maka ini merupakan satu pendekatan baru yang dilakukan pihak kerajaan. Tujuannya adalah tidak lain iaitu, memupuk semangat perniagaan dalam diri pelajar. Dalam dunia serba maju hari ini, pelajar tidak lagi perlu bergantung kepada kerajaan sepenuhnya untuk memperoleh pekerjaan. Sebaliknya, pelajar itu sendiri perlu menyediakan diri masing-masing supaya lebih berdaya saing di alam pekerjaan kelak.

Pada hari ini, masyarakat mula nampak akan pentingnya perniagaan dalam mencari rezeki, tidak lagi menjadi pekerja. Sekarang banyak program-program yang berasaskan perniagaan sendiri berkonsepkan small office home office (SOHO).

Salah satu pertandingan yang bakal berlansung adalah 'Business Idea Competition MSC' pada disember 2010 dan 'BSN's InterVarsity Social Venture Competition' pada 15 nov 2010.
Pertandingan ini bakal menarik beratus-ratus orang pelajar universiti untuk menyertainya.
Pada pertandingan itu, para usahawan dari pelbagai industri akan hadir. Dari situ, mereka akan melihat idea-idea bernas pelajar-pelajar ini. Jika berminat mereka akan membuat pelaburan untuk pelajar ini melakukan langkah seterusnya dalam menjayakan idea bisnes tersebut sehingga berjaya. Ini merupakan satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh para pelajar dalam usaha merealisasikan idea-idea hebat.
Read more »

MY POLO MILLION CLUB

0 comments



Assalamualaikum. lama dah tak update blog ni. Agak sibuk juga buat masa ni dengan aktiviti kelab dan kuliah. Cuma hari ni saya nak kongsi sedikit maklumat tentang SYARIKAT MYPOLO.

Syarikat tempatan ini memperkenalkan rangkaian produk Polo Tee, My Polo Network (My Polo) menawarkan kepada orang ramai yang ingin memulakan perniagaan Polo Tee menerusi pemasaran laman web atau jualan secara terus.

Pengasasnya, David Soon berkata, kelebihan yang diketengahkan My Polo adalah melalui gabungan produk yang mempunyai sejarah beratus tahun dengan rangkaian, jualan runcit dan tempahan sebagai strategi jualannya.


Katanya, kini semua boleh memiliki pakaian Polo Tee tersendiri termasuk mencipta logo sendiri atau meletakkan nombor serta huruf kegemaran masing-masing tanpa sebarang halangan.


“Pakaian Polo Tee antara jenama terkenal antarabangsa yang berkualiti tinggi selain harga mencecah ratusan ringgit, namun hari ini kami mencipta Polo Tee bermutu tinggi, malah mampu dimiliki semua lapisan masyarakat.


“Pada masa sama, pembeli bukan saja pelanggan, tetapi juga boleh mengambil bahagian dalam perniagaan Polo Tee melalui laman web yang direka khas untuk individu dan usahawan baru tanpa memerlukan kos tinggi,” katanya kepada Bisnes Metro, baru-baru ini.


Katanya, orang ramai boleh memulakan perniagaan Polo Tee dengan beberapa cara, antaranya melalui ejen persendirian e-workshop seluruh dunia, butik Polo Tee bergerak atau bilik pameran dan pemborong.


“Bagi memberi keselesaan kepada pelanggan kami turut membuka pusat e-workshop yang mengenengahkan konsep santai dan kafe dengan perkhidmatan WiFi percuma.


“Ini membolehkan urusan jual beli selain mendapat rangkaian lebih luas,” katanya.


Antara jenis Polo Tee disediakan adalah Modern Fit, Mini Polo, Standard Polo, Ladies Polo, Ladies Polo Dress, Kids Polo Dress, Kids Polo dan Muslim Polo. Untuk sebarang pertanyaan, layari www.mypolomillionclub.com atau hubungi talian 1-700-80-9066.

Hubungi untuk maklumat lanjut dan dapatkan lesen pengedar jenama MY POLO. 014-8361057

Read more »

OPEN WEB ASIA - Perhimpunan Kuasa-Kuasa Besar Dunia Teknologi Internet.

2 comments
OPEN WEB ASIA - SEA merupakan conference yang julung kalinya diadakan sekitar asia. Pada 2008 ia diadakan di Seoul, South Korea bertempat di Sheraton Grande Walkerhill, dan buat pertama kalinya pada tahun ia diadakan di Malaysia iaitu bertempat di Crowne Plaza Hotel. Perhimpunan ini merupakan antara yang terbesar di asia. Dihadiri oleh barisan speaker jemputan yang hebat seperti, Brian Wong, Business Developement of Digg.com..


Beberapa gambar sekitar OpenWebAsia

Forum

Brian Wong, Professional Internet Marketer

Networking Session

Dalam Dewan

Hari Kedua

Bersama Ai'dil, orang kuat MSC Malaysia.

En. Roslan Bakri, Pengarah Uniprenuer MDEC.

Google Cloud Presentation.

* Satu Perhimpunan yang hebat. Awesome to you guys.! InsyAllah i'll be there also one day..he he=) amin..
Read more »

Perbetul Niat Menuntut Ilmu

2 comments


Dunia pelajar adalah tidak boleh dipisahkan dengan kuliah. (kecuali masa praktikal):
Minggu pertama seperti yang dijangka, agak kelam kabut dan tidak ramai yang tidak menghadirinya, tidak kurang juga pensyarah yang tidak dapat datang, mungkin ada hal yang perlu diselesaikan. Pelajar-pelajar baru pula, sibuk dengan hal masing-masing, mencari kelas kerana pertama kali menjejakkan kaki di universiti. Tidak kurang juga, mereka perlu mencari kawan baru dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di universiti. Bagi yang senior, ada yang memberi tunjuk ajar kepada adik-adik ini supaya tidak leka dengan kehidupan yang jauh lebih bebas berbanding dengan asrama sekolah. Ada juga yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling mungkin sibuk membuat kerja sendiri.


Namun, dikala kita 'exited' memasuki dunia universiti, sebenarnya ramai di luar sana yang sudah tidak berminat lagi untuk meneruskan pembelajaran di universiti, bukan sahaja bagi para pelajar tetapi juga ibu bapa. Mungkin mereka melihat kepada tahap pengangguran di malaysia yang krisisnya semakin meruncing dan membimbangkan. Tidak salah mereka berfikiran sebegitu.

Tetapi, ingin saya terangkan disini adalah fungsi universiti itu sendiri. Bagi mereka yang beranggapan yang universiti ini adalah semata-mata untuk mendapatkan sijil dan seterusnya memperoleh pekerjaan. Anda adalah di pihak yang salah. kenapa? Universiti adalah tempat untuk kita menuntut ilmu, tempat berkumpulnya para ilmuan dari segenap bidang ilmu. Kita datang kesini adalah dengan hanya satu tujuan, untuk menuntut ilmu dari mereka. Maka sijil itu hanyalah sebagai tanda yang kita pernah menuntut ilmu disini. Dalam kuliah kita diajar dengan pelbagai ilmu. Apakah kegunaan ilmu tersebut. Ilmu itu adalah untuk digunakan selepas kita keluar universiti kelak. Tidak bererti seorang pelajar itu akan beroleh pekerjaan. Ia berdasarkan kreativiti pelajar itu sendiri. Maka apabila niat kita untuk memperoleh pekerjaan adalah sebabnya apabila kita tidak memdapat pekerjaan kita akan merasa kecewa.

Oleh itu wahai teman, perbetulkan niat kita ketika di universiti. Tuntutlah ilmu dengan ikhlas bukan kerana pekerjaan.
Read more »
 

Total Pageviews

Navigation

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:
There was an error in this gadget

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls