about

Read more »
Alhamdulillah, Syukur tidak terhingga dipanjatkan keHadrat Ilahi dikurniakan rahmat dan nikmat untuk terus menghirup udara segar ini.  Dilahirkan pada 1 nov  1990 Aziz Shariff dibesarkan satu keluarga sederhana dengan 5 adik beradik dalam suasana kampung di Kg. Dusun Raja, Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Seri Chempaka, peringkat menengah di Maahad Muhammadi Lilbanin, pra-pendidikan tinggi di Kolej Matrikulasi Johor dan sekarang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Dibesarkan keadaan ekonomi keluarga yang agak susah, Aziz dapat belajar banyak erti kehidupan. Dengan pendapatan keluarga yang tidak seberapa, Aziz tahu betapa ayah berusaha gigih menyara anak-anak.  Tinggal di rumah kedai dalam satu kejiranan kampung, Aziz berpeluang membantu ayah mengusahakan sebuah kedai makan.  Selama 20 tahun ayah mengusahakan kedai tersebut, (iaitu bersamaan dengan umurku yang sedang menuntut di Matrikulasi ) ayah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Bagaikan mendapat satu tamparan hebat, kehidupan Aziz kini tidak seperti dahulu lagi. Bebanan pelajaran yang terpaksa dipikul di Matrikulasi, memikirkan pula beban Ibu yang terpaksa membesarkan kami keseorangan, dengan adik-adik yang masih bersekolah, abang dan kakak pula masih menuntut di Universiti. 
Jauh disudut hati, Aziz sudah tidak ada lagi mood untuk belajar.  Apa yang difikirkan hanyalah bekerja untuk mencari rezeki menyara keluarga.  Dengan nasihat ibu, abang, kaunselor dan pensyarah, Aziz kuatkan azam menghabiskan pelajaran.  Berbekalkan semangat ibu, pada May 2009 Aziz berjaya menamatkan pelajaran di Matrikulasi dan kemudian diterima untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Segala penat lelah, pahit jerih berulang-alik ke sekolah bagaikan terbayar. Doa Ayah-Ibu yang sentiasa menemani perjuangan akhirnya termakbul. Aziz menjejakkan kaki di Menara Gading.

Kini terdetik satu rasa, aku pun boleh BERJAYA!.. Kian mekar menjadi Cita..aku mesti BERJAYA!!
Read more »
 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls