Loading...

Business Idea Competition


Seperti tajuk diatas, ia adalah satu idea untuk menarik minat pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sebab sesetengah pelajar lebih cenderung untuk menyertai sesuatu program kalau program tersebut adalah berbentuk pertandingan. Maka ini merupakan satu pendekatan baru yang dilakukan pihak kerajaan. Tujuannya adalah tidak lain iaitu, memupuk semangat perniagaan dalam diri pelajar. Dalam dunia serba maju hari ini, pelajar tidak lagi perlu bergantung kepada kerajaan sepenuhnya untuk memperoleh pekerjaan. Sebaliknya, pelajar itu sendiri perlu menyediakan diri masing-masing supaya lebih berdaya saing di alam pekerjaan kelak.

Pada hari ini, masyarakat mula nampak akan pentingnya perniagaan dalam mencari rezeki, tidak lagi menjadi pekerja. Sekarang banyak program-program yang berasaskan perniagaan sendiri berkonsepkan small office home office (SOHO).

Salah satu pertandingan yang bakal berlansung adalah 'Business Idea Competition MSC' pada disember 2010 dan 'BSN's InterVarsity Social Venture Competition' pada 15 nov 2010.
Pertandingan ini bakal menarik beratus-ratus orang pelajar universiti untuk menyertainya.
Pada pertandingan itu, para usahawan dari pelbagai industri akan hadir. Dari situ, mereka akan melihat idea-idea bernas pelajar-pelajar ini. Jika berminat mereka akan membuat pelaburan untuk pelajar ini melakukan langkah seterusnya dalam menjayakan idea bisnes tersebut sehingga berjaya. Ini merupakan satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh para pelajar dalam usaha merealisasikan idea-idea hebat.

1 comments:

{ PutraRocker } at: August 28, 2010 at 2:25 PM said...

kuruskan badan..gemokkan iman der..wooot3 o_O

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:
There was an error in this gadget

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls