NEF-AWANI ICT FAIR 2011

nefNEF-AWANI ICT FAIR 2011 merupakan satu acara kemuncak program anjuran ”Malaysian Association of Bumiputera ICT Industry and Entrepreneurs” (NEF) dengan kerjasama Astro Awani iaitu NEF-AWANI ICT AWARD 2010. Anugerah tersebut adalah sebuah konsep baru yang diperkenalkan untuk memberikan penghargaan kepada syarikat Technopreneur yang layak melalui platform media. Dua katagori utama anugerah tersebut adalah:

1) Bumiputera ICT Awards
2) Rakyat’s Choice Awards

Di Malaysia sebenarnya banyak syarikat yang bertaraf ICT, tetapi selalunya kurang popular atau tidak cukup diserlahkan melalui platfom media meskipun banyak kejayaan dicapai dan syarikatnya cukup berinovatif. Mereka sering dilihat sebagai lapis kedua dan tidak diberikan pengiktirafan cukup di pasaran. Melihat kepada keadaan itu, NEF dengan kerjasama Astro Awani mengambil insiatif untuk mengubah persepsi seterusnya membawa syarikat ini kehadapan dan menyerlah samada di dalam atau luar negara.

Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan sekaligus meningkatkan nilai syarikat. Anugerah ini menunjukkan bahawa syarikat Bumiputera juga mampu untuk menjadi melangkah lebih jauh seterusnya menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

”Rakyat’s Choice Awards” mempunyai 5 kategori. Kategori-kategori ini dipilih berdasarkan perkhidmatan mereka yang mempunyai kesan untuk kegunaan ICT dalam negara khususnya di bidang teknologi. Pemenang Anugerah ini dipilih melalui undian yang dibuat oleh pihak penganjur kepada para pengguna seluruh negara. Melalui undian ini, para pengguna boleh memilih syarikat manakah yang mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik.

Semoga dengan adanya Anugerah ini dapat melahirkan ramai lagi Usahawan Teknologi (Technopreneur) yang berdaya saing di peringkat global. Tahniah kepada NEF dan ASTRO AWANI.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls