Loading...

PERODUA ECO-CHALLENGE 2011


PERODUA ECO-CHALLENGE yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya pada tahun 2011 ini bakal menyaksikan sekali lagi persaingan sengit antara penuntut fakulti kejuruteraan di beberapa universiti terkemuka Malaysia. Universiti yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Politeknik Sultan Azlan Shah, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Industri Selangor and Politeknik Engku Omar.

Tujuan utama dari Perodua Eco-Challenge 2011 adalah untuk menyediakan program berupa latihan praktikal bagi pelajar untuk mencabar kecekapan teknik mereka dalam mengendalikan mesin, menyelasaikan masalah, meningkatkan kreativiti dan program seperti ini juga boleh mempromosikan budaya inovasi dalam kalangan pelajar tempatan.

“Perodua Eco-Challenge ini sangat unik kerana tidak hanya meningkatkan inovasi dan kreativiti peserta, tetapi juga menggariskan betapa pentingnya pemuliharaan dengan cara praktikal untuk menangani krisis tenaga,” kata Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh . Dia menambah bahawa Perodua telah memperuntukkan dana sekitar RM1.2 juta untuk program Eco-Challenge tahun ini.

Pertandingan yang bakal diadakan di Melaka pada 25 Jun 2011 ini, bakal menyaksikan kreativiti para peserta mengubahsuai kereta PERODUA VIVA. Tugasan mereka adalah untuk memastikan kereta berada pada tahap optimum untuk menghasilkan perjalanan paling jauh dengan minyak 1LITER. Ini bukan sekadar teori reka bentuk, ia adalah sebuah kejuruteraan automotif untuk memastikan kecekapan bahan bakar pada tahap maksimum.

Selamat maju jaya kepada semua peserta.!

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:
There was an error in this gadget

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls