Loading...

Kenapa Cikgu selalu marah kalau datang lambat?

DISIPLIN - Bukan satu perkara yang baru untuk diperkatakan. Dari sekolah rendah lagi aku terdengar perkataan ini. Kenapa cikgu selalu marah kalau datang lambat? masuk kelas lambat? Ponteng kelas? Kenapa aku perlu untuk berdisiplin? Penting sangat ke disiplin ni? 



Masa sekolah rendah, aku pernah kene sepak dengan Cikgu sebab menceroboh sekolah waktu cuti. Katanya aku xdak disiplin. Arghh! aku tak faham la. Kenapa semua orang mesti berdisiplin ni.!

Itu masa zaman persekolahan, kini di alam kerjaya aku mulai sedar, mula faham akan maksudnya, mula tahu akibatnya. Kita semua sangat memerlukannya. Tanpanya kita hanyalah insan biasa. Kenapalah dari dulu aku tidak berdisiplin! 

Disiplin bukan hanya merujuk kepada masuk kelas awal. Itu hanyalah sebagai satu latihan, satu persediaan  untuk kita menggalas satu tugas yang lebih besar kelak. Kalau tugas masuk kelas tepat pada waktunya pun kita tak boleh nak selesaikan, apa lagi tugas lain..ye x?

Bagi saya yang juga dalam usaha untuk mendisplinkan diri ini, disiplin adalah satu sifat taat dan patuh serta akur akan tanggungjawab yang dipikul. Ia memerlukan pengorbanan, latihan berpanjangan dan berterusan. 

Sebab tulah Cikgu selalu marah kalau datang lambat.!! he .=) ingat..
(*pesan pd dri sndiri)

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:
There was an error in this gadget

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls