11th Melaka International Youth Dialogue "Shaping the Next Generation of Entrepreneurs"

Alhamdulillah, baru sahaja menghadiri satu Dialog Antarabangsa yang dihadiri oleh belia dari lebih 30 negara. Dialog yang bertempat di Everly Hotel, Melaka ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan wakil belia dalam industri keusahawanan bagi membincangkan hala tuju dan peranan belia.

Dialog yang dijadikan sebagai acara tahunan ini mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Belia & Sukan, Majlis Belia Negara Dll. Pengisian yang penuh bermanfaat untuk belia di kendalikan dengan jayanya oleh 'World Assembly of Youth'. Pada dialog kali ini satu persetujuan telah dibuat oleh wakil belia dari lebih 30 negara.


Persetujuan tersebut berkaitan dengan peranan Pihak Kerajaan di  setiap negara terhadap pembangunan belia, peranan pihak swasta, peranan pihak media, NGO dan masyarakat kesuluruhannya. Antaranya adalah,



Peranan Kerajaan:
  • menubuhkan 'Youth Bank' di setiap negara.
  • Pihak kerajaan perlu melonggarkan syarat bagi belia mendapatkan kontrak(tender) dari kerajaan. 
  • menjalankan projek inkubator.
  • Menjana lebih banyak ruang dan peluang untuk golongan belia mengetengahkan idea.
  • Dll...


Peranan Pihak Swasta:
  • memperlaksanakan tanggungjawab sosial korporat.
  • Mengadakan program-program pembangunan belia


Peranan Pihak Media:
  • mempertingkatkan kesedaran kepada Belia negara.
  • menyediakan platfom kepada media untuk mengetengahkan idea. 
  • memberi harga istimewa kepada belia untuk mengikankan produk masing-masing. 
Peranan Masyarakat:
  • menukarkan 'mind set' dari barangan berjenama,kepada membeli barangan dari belia. 
  • memberi lebih banyak sokongan kepada usahawan muda.
  • Dll...

Selain dari persetujuan yang dibuat pada Dialog tersebut banyak perkara lain yang dibincangkan. Banyak juga aktiviti yang dirangka untuk pembangunan belia.

Kami juga telah di bawa melawat ke beberapa tempat industri seperti Bioessence Sdn. Bhd.,syarikat pemprosesan herbal dan minyak wangi :



Taming Sari Melaka:


River Cruise...

Dan banyak lagi..

Tidak lupa juga mengucapakan berbanyak-banyak TERIMA KASIH kepada Team myHarapan yang sudi untuk menaja kami berlapan mewakili malaysia pada MIYD 11th kali ini. Cuti semester yang menarik dan bermanfaat!!

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls