Loading...

RAHSIA SEMINAR


Seminar dan workshop pada hari ini adalah merupakan satu cara utama bagi orang dewasa untuk belajar, yang mana ianya merupakan satu sistem pembelajaran yang mempunyai kaedah seperti mana pembelajaran akademik.


Kaedah mudah dan pendek ini memberikan dan menghidangkan maklumat yang sangat berkesan dan efisien. Anda boleh menajalankan seminar mengenai sebarang subjek .


Mungkin ada yang terlepas pandang, seminar juga merupakan salah satu cabang bisnes. Dengan bayaran untuk menghadiri seminar tidak kurang daripada RM20 seorang, ianya menjanjikan peluang membuat duit yang sangat besar. Kebiasannya bayaran dikenakan adalah diantara RM50 hingga RM500 seorang.


Ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM3500 seorang, bergantung kepada jenis seminar yang dianjurkan. Dan dalam melaksanakan seminar ini anda boleh memperolehi pendapatan beberapa ribu ringgit sehari., dengan margin keuntungan melebihi dua puluh peratus atau lebih.


Apa yang anda perlukan ialah talipon, mesin taip, cabinet untuk file, dan sedikit borang dan juga alat-alat tulis. Jikalau anda boleh menarik minat ramai orang anda boleh menjual atau mengenakan bayaran sebanyak RM500 seorang untuk seminar yang akan anda jalankan. Mungkin ia lebih mudah daripada menjual seminar yang berharga RM50.

Bayaran untuk sesuatu seminar tidak terbatas tetapi dua pertiga diantaranya adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM500. Dengan pengurusan yang tepat, anda boleh meletakkan harga setinggi yang anda rasa boleh anda lakukan.


Dan jangan lupa kaji selidik yang perlu dilakukan suapaya penyertaan tidak berkurangan kerana peningkatan harga yang anda lakukan. Dan jangan meletakkan harga yang terlalu rendah kerana kos yang diperlukan mungkin tinggi, jika begitu anda akan menghadapi masalah besar pula nanti.

Pengiklanan utama anda adalah melalui pemasaran terus dan secara pos. Direct respons marketing adalah termasuk urusan posters, yang mana ia memberikan motivasi dengan cepat kepada pembaca. Contoh paling baik mengenai direct mail marketing ialah Uji Kata Reader’s Digest.


Tempat atau dewan untuk seminar yang akan anda jalankan mestilah mempunyai unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan selesa. Anda boleh memilih untuk menyewa dewan yang besar dan mewah tetapi tidak mempunyai peserta yang ramai atau anda boleh menyewa dewan kecil tetapi selesa dan ia akan dipenuhi peserta. Kawasan tersebut tidaklah perlu terlalu fancy/menarik tetapi biarlah ia mudah ditemui, selesa dan selamat.


Panjang seminar yang akan anda jalankan haruslah berdasarkan kandungan yang boleh anda sediakan. Jangan terlalu memanjangkan seminar anda sehingga membuatkan peserta terpaksa menunggu sehingga ke waktu malam.


Untuk mendapatkan seminar yang sesuai panjangnya, anda perlu mengira jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar untuk menyewa dewan , nota, makanan dan lain-lain. Kiralah jumlah bagi program setengah hari dan juga satu hari.


Anda mungkin akan menemui bahwa anda boleh menyampaikan mesej yang lebih berkesan dalam program selama setengah hari. Ia juga akan dapat memotong kos dan meningkatkan keuntungan anda.

Biasanya kos untuk sewa dewan atau bilik bergantung kepada jumlah jam yang digunakan termasuk penyediaan peralatan seperti skrin, TV, projector slide dan sebagainya. Salah satu risiko didalam perniagaan seminar ini ialah anda mesti menempah dewan atau bilik lebih awal sebelum anda tahu jumlah peserta yang akan menyertai seminar anda.


Pastikan jika anda menempah dewan, anda tahu tarikh untuk membatalkan tempahan atau mengesahkannya. Anda mahukan supaya peserta-peserta seminar anda meninggalkan bilik seminar dengan perasan puas dan memperolehi sesuatu yang amat berharga dan sekurang-kurangnya mereka juga rasa puas memperolehi perkara berharga dan juga rsa terhibur dengan penyampaian ceramah diselang seli jenaka.


Adakah anda akan mendapat kos yang setimpal dan berpatutan jika anda mengupah penceramah? Pada peringkat awal kerjaya anda ini anda mungkin mahu menyampaikan sendiri ceramah anda, bukan hanya ia boleh mengurangkan kos, tetapi anda akan dapat mengetahui apa yang boleh berkesan dan apa yang tidak begitu berkesan.


Penceramah yang bagus mempunyai penguasaan maklumat yang bagus dan memberi kesan yang sungguh baik kepada peserta. Cara persembahan yang sangat baik dan berkesan. Untuk contoh topic, anda boleh memberikan tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk membuka perniagaan sendiri, menjalankan seminar, membuat pinjaman dan juga apa sahaja topic-topik menarik yang boleh anda fikirkan.


Dan juga melalui kaji selidik yang anda jalankan, anda boleh memberitahu peserta mengenai pengalaman anda sendiri dan memberi mereka contoh terdekat didalam bidang tersebut.

Sasarkan juga sekiranya peserta mahukan program lanjutan atau anda mengalakkan mereka memberitahu orang lain mengenai seminar anda dengan itu anda akan mendapat iklan secara percuma. Jika seminar yang diberikan itu berkesan sudah pasti ia akan menjadi sebutan.


Akhirnya sesuatu seminar itu seharusnya memberikan satu suasana yang indah dan menyeronokkan dan satu proses pembelajaran yang berkesan dengan itu ia akan dapat menarik minat lebih ramai peserta pada masa akan datang.


Anda boleh mendapat wang tambahan lagi diakhir sesi program dengan menjual disket computer, CD ROM, buku-buku, kaset-kaset, video dan juga barang yang berkaitan dengan seminar itu.

Jualan seperti itu boleh memberikan peningkatan penambahan sehingga lebih tiga puluh peratus lagi kepada anda. Kerjaya dibidang ini adalah sangat menguntungkan dan ramai yang berjaya membina kejayaan mereka dalam masa hanya beberapa tahun sahaja dan telah memperolehi pulangan sangat lumayan. ok. semoga berjaya=)

1 comments:

{ Lu'lu } at: June 6, 2010 at 10:48 AM said...

seminar ni kalau silap langkah kita kena tanggung kerugian.. aduss parah tuu

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:
There was an error in this gadget

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls