JOM JADI BOS!

Jadi anda sekarang mahu bekerja dan menjadi boss kepada diri sendiri !!
Mungkin anda sudah merasa penat dan letih bekerja dengan orang lain dan mereka tidak faham tugas-tugas yang anda lakukan ataupun anda telah bosan dan letih kerana terpaksa berdepan dengan masalah lalulintas yang sesak setiap hari sewaktu pergi dan pulang daripada kerja. Ayaupun anda sudah muak dengan suasana politik di pejabat dimana ada budaya ampu dan tukang kipas, dengki mendengki .

Ataupun anda memang sudah yakin dengan diri sendiri yang anda boleh berdikari dan memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada gaji atau pendapatan yang anda terima sekarang ini.
Atau anda sudah bosan bekerja dengan orang lain, mahu menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan mewah dan mahu melakukan kerja –kerja tambahan diwaktu lapang anda ataupun anda hanya mahu menambahkan pendapatan keluarga anda dan tidak mahu mengabaikan anak-anak anda.

Walau apa pun alasan yang anda berikan, dengan bekerja sendiri dan menjadi boss kepada diri sendiri ia boleh memberikan pulangan yang lebih baik kepada diri anda dan keluarga serta boleh meningkatkan harga diri anda juga. Ianya akan memberikan hasil yang lumayan jika anda dapat menjalankan idea-idea perniagaan yang baik dan tepat. Apakah jenis perniagaan yang boleh menepati IDEA ? Biasanya sebarang idea boleh berjaya jikalau mempunyai dan menepati kriteria seperti berikut ini ;

 Sesuatu yang anda ketahui dan anda boleh melakukannya dengan baik
 Sesuatu yang anda SUKA untuk melakukannya dan tidak kisah jika sentiasa melakukannya setiap hari
 Sesuatu yang mempunyai ruang yang luas untuk dipromosikan
 Sesuatu yang boleh dijual pada harga yang boleh mengatasi harga kos pengeluaran anda dan juga menghasilkan keuntungan yang lumayan kepada anda .
 Sesuatu yang anda boleh lakukan dengan menggunakan modal yang kecil ataupun modal yang mencukupi dan sesuai seperti yang anda rancangkan.

ya! itulah kriteria yang anda perlukan untuk menjadi bos kepada diri anda sendiri. Untuk pasaran lebih luas, ambil pekerja sedikit demi sedikit jika mampu. Bina satu sistem perniagaan anda sendiri. INSYALLAH BERJAYA..amin.

1 comments:

Anonymous at: January 4, 2011 at 12:48 AM said...

UWEEEEEK!!!!!!!!!!!!

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls