kerjasama dalam pasukan penentu kejayaan

Kerjasama atau dalam erti kata lain saling bantu membantu antara satu sama lain adalah suatu sikap yang agak susah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Perkara ini perlu dididik, sebab tanpa kerjasama yang utuh banyak perkara akan menjadi susah dan lambat. Sikap ini diperlukan dalam apajua situasi samada perniagaan, sukan, kekeluargaan dan sebagainya.

Saya ambil contoh dalam sukan. Banyak sukan (hampir semua) memerlukan kerjasama yang teguh dalam pasukan, termasuk sukan yang melibatkan individu. Ia juga memerlukan semangat pasukan iaitu antara pemain, jurulatih dan pengurus. Pemain tidak akan boleh menguruskan segalanya, dia tetap memerlukan kerjasama daripada orang lain.

Sebagai contoh, baru-baru ini saya ada menyertai satu kejohanan sukan antara universiti atau lebih dikenali sebagai Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang berlangsung di Empangan Batu, Batu Caves, Selangor. Rowing adalah antara sukan yang memerlukan semangat kerja berpasukan yang kuat.

saling membantu

team spirit

kejayaan berpasukan

Banyak perubahan dapat dilihat pada sukan MASUM kali ini. Semakin ramai pelajar universiti menggemari sukan ini. Malah, kebanyakan mereka yang menceburi sukan ini memiliki kemahiran permainan dan semangat berpasukan yang tinggi. Begitu juga pada pertandingan kali ini, saya dapat menyaksikan kemahiran serta skil permainan yang tinggi di kalangan peserta, walaupun pada usia yang masih muda. Semangat ini perlu diterap kepada pelajar-pelajar universiti, bukan hanya dalam pembelajaran didalam kuliah sahaja. Pada MASUM kali ini Universiti Teknologi Malaysia(UTM) telah menjadi juara keseluruhan untuk sukan ini. Tahniah team UTM!






0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls