Perjuangan Belum Selesai


Bila tiba saat untuk bermulanya semester baru, semangat pun berkobar-kobar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kemudian harapan hanya tinggal harapan apabila sikap malas mula menguasai diri. oh! ini lah yang selalu terjadi kepada pejalar universiti. Adakah saya termasuk golongan itu.

JAUHI SIKAP MALAS

Sikap malas akan menjadikan diri anda dibenggu masalah demi masalah. Kerja yang ada akan menjadi semakin bertimbun apabila anda terus bertangguh-tangguh dalam pekerjaan. Buang sikap ini jauh-jauh atau ia bakal mengundang padah kepada anda dan orang sekeliling. Sebagai contoh, sikap anda ini akan membuatkan anda dijauhi rakan. Apa tidaknya, apabila anda tidak menyiapkan grouping assignment contohnya, tentunya anda akan dimarahi oleh rakan sekumpulan. Masalah ini tidak akan selesai disini sahaja jika anda tidak merubah sikap, ia akan berterusan apabila anda berada di alam pekerjaan kelak. Jadi, buang sikap ini awal-awal.

CARA MENJAUHI SIKAP MALAS

Banyak cara untuk anda menjauhi sikap malas. Ia juga bergantung kepada keadaan sekeliling individu. Disini saya senaraikan beberapa cara yang boleh anda cuba.

1) Tidak sesekali bertangguh-tangguh menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Dalam menyelesaikan sesuatu kerja jangan suka bertangguh.

2) Selalu ingat akan baik buruk yang akan terjadi apabila anda tidak menyiapkan kerja tersebut dalam waktu yang ditetapkan. Mungkin dengan cara ini anda dapat rasakan akan kepentingan kerja tersebut.

3) Perasaan orang disekeliling. Fikir akan perasaan orang disekeliling anda. Sikap malas anda akan menyebabkan ramai orang akan menyampah. Anda akan hilang kepercayaan orang lain terhadap anda.

Itu antara cara yang dapat anda amalkan untuk menjauhi sikap malas yang sememangnya amat menjelekkan ini.

Jutawan adalah orang biasa tetapi mereka bekerja secara luar biasa.


Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan disini. Sebenarnya minggu ini adalah minggu pertama semester baru. Semangat baru, insyAllah sampai habis semester.
Perjuangan Belum Selesai..

5 comments:

{ miza ismail } at: July 1, 2010 at 5:08 PM said...

pjuangan blum selesaii...

{ umairaharis } at: July 2, 2010 at 10:59 AM said...

kalo da mals telampau kadang2 da xley wat pe da...
tdow je 1 ari

{ Sayang Amirah } at: July 3, 2010 at 7:47 PM said...

saya sekarang tgh malas nk study .
hoyeh2

{ tmukmkd } at: July 4, 2010 at 11:39 PM said...

heh selalunya aku akan taruk satu target. tapi kadang2 target tu diganggu dengan perkara2 lain.

dan selalunya tak sampai hahaha

tak pe. usaha selagi boleh. jangan malas! :D

Anonymous at: January 4, 2011 at 12:47 AM said...

lu dah rajin sgt ke???

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls