Perbetul Niat Menuntut Ilmu



Dunia pelajar adalah tidak boleh dipisahkan dengan kuliah. (kecuali masa praktikal):
Minggu pertama seperti yang dijangka, agak kelam kabut dan tidak ramai yang tidak menghadirinya, tidak kurang juga pensyarah yang tidak dapat datang, mungkin ada hal yang perlu diselesaikan. Pelajar-pelajar baru pula, sibuk dengan hal masing-masing, mencari kelas kerana pertama kali menjejakkan kaki di universiti. Tidak kurang juga, mereka perlu mencari kawan baru dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di universiti. Bagi yang senior, ada yang memberi tunjuk ajar kepada adik-adik ini supaya tidak leka dengan kehidupan yang jauh lebih bebas berbanding dengan asrama sekolah. Ada juga yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling mungkin sibuk membuat kerja sendiri.


Namun, dikala kita 'exited' memasuki dunia universiti, sebenarnya ramai di luar sana yang sudah tidak berminat lagi untuk meneruskan pembelajaran di universiti, bukan sahaja bagi para pelajar tetapi juga ibu bapa. Mungkin mereka melihat kepada tahap pengangguran di malaysia yang krisisnya semakin meruncing dan membimbangkan. Tidak salah mereka berfikiran sebegitu.

Tetapi, ingin saya terangkan disini adalah fungsi universiti itu sendiri. Bagi mereka yang beranggapan yang universiti ini adalah semata-mata untuk mendapatkan sijil dan seterusnya memperoleh pekerjaan. Anda adalah di pihak yang salah. kenapa? Universiti adalah tempat untuk kita menuntut ilmu, tempat berkumpulnya para ilmuan dari segenap bidang ilmu. Kita datang kesini adalah dengan hanya satu tujuan, untuk menuntut ilmu dari mereka. Maka sijil itu hanyalah sebagai tanda yang kita pernah menuntut ilmu disini. Dalam kuliah kita diajar dengan pelbagai ilmu. Apakah kegunaan ilmu tersebut. Ilmu itu adalah untuk digunakan selepas kita keluar universiti kelak. Tidak bererti seorang pelajar itu akan beroleh pekerjaan. Ia berdasarkan kreativiti pelajar itu sendiri. Maka apabila niat kita untuk memperoleh pekerjaan adalah sebabnya apabila kita tidak memdapat pekerjaan kita akan merasa kecewa.

Oleh itu wahai teman, perbetulkan niat kita ketika di universiti. Tuntutlah ilmu dengan ikhlas bukan kerana pekerjaan.

2 comments:

{ kyo_9 } at: July 16, 2010 at 12:00 PM said...

yup.. ak setuju..
gud luck sem baru bro..

Anonymous at: January 4, 2011 at 12:45 AM said...

pionter bape bang? 2.00? baik nasihat diri sendiri hahahhaa

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls