#1 bina pasukan.
Dalam apa jua jenis perniagaan jangan sesekali bertindak bersendirian. Ia merugikan. Anda mungkin boleh berjaya tapi akan memakan masa yang lama. Bina satu pasukan yang kuat, yang terdiri daripada pelbagai posisi. Pasukan anda boleh terdiri daripada rakan kongsi ataupun pekerja. Apabila perniagaan anda semakin besar anda mungkin memerlukan kedua-duanya. Sebagai contoh, saudara XX ingin membuka perniagaan restoran. Dia perlu faham bahawa perniagaan ini tidak mungkin dapat dijalankan bersendirian. Jadi dia perlu membina satu pasukan yang mantap dari semua segi, tukang masak terbaik, pelayan yang ramah, juruwang yang jujur dan sebagainya. Dengan itu, dia sudah memiliki suatu perniagaan yang mana dia tidak lagi perlu memasak atau mengira wang sendiri. Dia adalah seorang bos. Semua itu dapat dilakukan oleh sebuah pasukan yang mantap.
#2 bina sistem
Dalam pada itu, anda juga perlu membina sistem anda sendiri yang mana ia lebih unik daripada sistem sedia ada. Mungkin ia lebih memudahkan pelanggan. Perniagaan anda juga lebih mudah untuk berkembang apabila anda sudah mempunyai satu sistem, dan sistem itu boleh diterima ramai. fikirkan bahawa sistem anda itu boleh juga digunakan ditempat lain, ia memudahkan untuk anda menfrancaiskan perniagaan anda itu. Sebagai contoh Mcdonald. Mcdonald telah Berjaya mencipta satu sistem jualan yang boleh diterima ramai diseluruh dunia. Dengan itu, ia memudahkan mereka untuk berkembang dan meluaskan perniagaan ke seluruh dunia.
#3 bina jenama
Apa yang dimaksudkan membina jenama? Apa yang anda mahu orang kenal anda. Menbina jenama adalah sesuatu yang paling sukar untuk dilakukan. Ia mungkin memakan masa bertahun-tahun. Amazon.com berusaha selama sepuluh tahun untuk mengutip keuntungan dan kemudian selepas itu barulah jenama itu kukuh diinternet. Membina jenama memerlukan komitmen yang cukup konsisten. Ia melibatkan persepsi orang ramai tentang produk syarikat anda. Layanan yang terbaik akan membuatkan pelanggan akan kembali kepada produk anda. Ia akan terpahat diingatan pengguna. Inilah yang dipanggil ‘back costumer’.
0 comments:
Post a Comment