Mulai pagi dengan keyakinan




Bagaimana anda memulakan pagi anda setiap hari. ceria? gembira? atau masih lagi menunggu-nungu masa tengahari untuk bangun..
kepada anda yang masih terperonyok di atas katil empuk itu, bangun lah wahai anak bangsa, bangunlah dengan penuh keyakinan. Jangan anda persiakan masa yang dikurnia oleh tuhan dengan begitu sahaja. Masa adalah amanat dan amanah yang diberikan oleh tuhan untuk kita mempergunakannya dengan baik dan bermanfaat.

mulai pagi anda dengan penuh keyakinan


Tahukah anda bahawa dalam diri anda ada satu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Jangan anda persiakan begitu sahaja. Keluarkannya. Tunjukkan pada dunia yang andaadalah manusia kuat dan hebat. Cungkil bakat anda setiap hari. Buat benda baru. Cari potensi diri anda.

potensi akan pudar seperti pudarnya baju.
Ia perlu dicungkil dan diasah setiap masa.!


Jika seandainya anda sudah selesa dengan kehidupan anda sekarang, itu adalah petanda bermulanya kemunduran pencapaian anda. Jangan mudah selesa dengan kehidupan sekarang. Ingat masih ramai lagi yang memerlukan kehadiran anda. masih ramai yang memerlukan bantuan anda. Masih banyak yang perlu anda lakukan.
Bangunlah mencipta sejarah


Cipta sejarah anda tersendiri. Apa juga yang dilakukan, lakukannya dengan hebat. Walaupun ianya sangat susah untuk direalisasikan. Anda akan dikenang sebagai manusia hebat apabila anda telah berjaya mengatasi dan melakukan sesuatu yang hebat.

4 comments:

{ nabilah_2908 } at: May 30, 2010 at 9:41 PM said...

n3 yg sngt memberi motivasi kepada sy yg kini tgh tak berapa ok mood nya...monday blues...

suka dgn ayt ni..jgn mudah selesa dgn kehidupn sekarang... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
IKAN SWEETSOUR & SUP TULANG

{ mr. junior } at: May 31, 2010 at 8:57 AM said...

tq nabilah..moga anda tetap ceria selalu..
nice comment=)

{ nora } at: May 31, 2010 at 9:06 AM said...

lebih senang jika ada cabaran dalam kehidupan..
bru hidup x mudah alpa..

=)

{ mr. junior } at: May 31, 2010 at 9:23 AM said...

yup.tepat sekali..
manusia mudah lupa..

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls