Cuti Raya yang Penuh Makna

Alhamdulillah syukur padaNya. Kita baru sahaja melepasi satu detik penting dalam kalendar Islam iaitu Hari Raya AidilAdha. Difahamkan kira-kira 3juta Umat Islam berpusu-pusu ke Tanah Suci Mekah melaksanakan Rukun Islam ke5, Ibadat Haji.  Harap semuanya dalam keadaan terkawal dan di Redhai Oleh Allah S.W.T.

Bagi kita yang belum berkesempatan ke Mekah ni, tinggallah di kampung halaman masing-masing menyambut Hari Raya AidilAdha. Suasana di kampung yang tidak kurang meriahnya dengan deruan Takbir Raya, Selawat, Korban lembu & kambing, Kenduri-kendara dan dentuman bunyi mercun memecahkan lagi bingitan telinga menceriakan keadaan.

Seisi keluarga dan sahabat handai bersalam-salaman, ceria di pagi yang mulia. Aku pula Raya tahun ini dalam keadaan sederhana sahaja, tapi penuh makna. Penuh makna sebab ada beberapa perkara agak besar yang berlaku sedikit sebanyak mengajar/memberi pengajaran & merubah tahap kelestarian/kelangsungan hidup ini.
( Kalau bisa aku cerita'in, pasti kalian tidak akan percaya~..) Raya tahun ini akan terus diingati..xapa,sampai masa nanti akan terbongkar juga.. (akan diceritakan sedikit2 dalam post2 akan datang..)

Kini cuti raya pun dah susut..tinggal lagi 2 hari. Test-test, Lab & Report setia menanti. Assignment bagaikan liability yang harus ditanggung. Aku kuatkan semangat untuk mendokong cita-cita...InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews

Navigation

Categories

Follow Me:

First Name:
Email address:
Website:

© 2010 Aziz Shariff Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls